Hari Arafah 1437H

Kemuncak ibadah Haji berlaku di Arafah apabila jemaah haji mula berwukuf. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis.

Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali! Di mana mereka bertemu? Tidak lain dari Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah.

Maka, Padang Arafah ini menjadi tempat kita menyesali segala dosa yang pernah kita lakukan dan di situlah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah semoga permintaan kita diterima. Dilaksanakan pada 8 atau 9 Zulhijjah. (sumber Wiki)

wukuf-di-arafah-201410031036051

Agensi yang bertanggungjawab menguruskan jemaah haji Malaysia khususnya saban tahun iaitu Tabung Haji kali ini memperkenalkan perkhidmatan baharu bagi memudahkan jemaah haji yang uzur melakukan ibadah wukuf.

Perkhidmatan yang dinamakan Safari Wukuf ini bukan sesuatu yang baharu. Perkhidmatan yang sama juga sudah dilakukan oleh negara-negara lain seperti Indonesia bagi memudahkan perjalanan wujuf jemaah haji mereka.

“Kita akan membawa mereka dengan menaiki bas dan ambulans untuk berwukuf seketika di Arafah sebelum dibawa kembali ke pusat rawatan masing-masing,” – Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan), Dr. Saiful Azlan Shariff (sumber Utusan)

Semoga perjalanan ibadah haji oleh jemaah haji Malaysia khususnya dan jemaah haji di Tanah Haram umumnya berjalan dengan lancar dan sempurna. Doakan mereka memperoleh haji mabrur.

Word #QuranHour

Sempena Hari Arafah / Hari Wukuf 1437H ini, satu kempen penghayatan Al-Quran yang diberi nama World #QuranHour oleh Rumah Ngaji yang merupakan kesinambungan daripada kempen-kempen sebelum ini iaitu #RumahNgaji pada 24 Ramadan 1434H dan #MalaysiaNgaji pada 24 Ramadan 1436H. Maklumat lanjut kempen ini boleh diikuti di laman Facebook World #QuranHour

world_quran_hour

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *