Supermoon 15 Jamadil Akhir

Malam 19 Februari lalu, seluruh Malaysia berpeluang melihat dan mencerap salah satu fenomena yang menarik iaitu Supermoon. Mengikut tarikh hijrah, malam 19 Februari lalu bersamaan dengan 15 Jamadil Akhir.

15 Jamadil Akhir bermula selepas masuknya waktu Maghrib pada 14 Jamadil Akhir iaitu pada 19 Februari. Waktu melihat Supermoon pula pada sebelah malam, maka tarikh hijrah ketika rakyat Malaysia menyaksikan Supermoon ini adalah 15 Jamadil Akhir 1440

Supermoon atau lebih dikenali dengan nama saitifiknya iaitu Lunar Perigee adalah satu fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang. Bulan akan dilihat 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada hari biasa. Istilah supermoon pertama kali dikemukankan oleh ahli astronomi, Richard Nolle pada tahun 1979. Fenomena ini hanya berlaku sekali dalam setahun. – Wikipedia

Saya tidak berpeluang melihat pada waktu malam supermoon ini, namun berpeluang melihatnya selepas waktu subuh keesokan hari ketika keluar menghantar anak ke sekolah. Masih jelas kelihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *