Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah
Alhamdulillah, bertemu kita lagi dalam tahun Hijrah yang baru. Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan tahun ini diadakan di Putrajaya International Convention Centre, dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong, Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Tema Maal Hijrah bagi tahun 1435H adalah Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah, tema yang sama digunakan bagi tahun yang lalu. Bersempena dengan penggunaan tema ini juga, JAKIM telah menerbitkan risalah khas yang ditulis oleh Prof. Dato’ Dr. Ismail bin Ibrahim dari Majlis Universiti Islam Malaysia.
Anda boleh dapatkan secara percuma di laman web JAKIM dengan memuat turun pautan berikut.